السبت، 1 يناير 2011

Perangsang kehidupan...

Hari ini bertarikh 25 Disember, hari pertama aku mula menulis di blog ku ini, ye lah masih tak tahu apa yang nak di perkatakan..hari ini walau pun di serata tempat di dunia adalah merupakan cuti awam, tetapi di sini tidak,,di saudi arabia tidak sama sekali, kerana perayaan ini hanya untuk yang beragama Kristian, sedangkan di Saudi, adalah merupakan negara Islam,,,so no cuti...melepas lah kami semua...but anyway...allahamdullilah...

Cuaca tengah sejuk sekarang , petang ini cuaca sudah hampir menjangkau 15 degrees...sejuk tu..belum malam lagi...tak lama lagi tentu kena pakai heater ni...

Hari ini rumah ku macam Tsunami..sudah hampir satu minggu rumah ni begini...kenapa?  bukan apa , semata2 trying to reduce all the furnitures and decorations in the house,,,hanya ambil yang perlu saja....rasa nya umur kini semakin meningkat, terasa di hati , tapi tak tahu nak terangkan..seperti satu perasaan bahawa...tiada lagi sayang pada barang2 dunia ini yg berlebihan...kalau dulu satu pasu nak dibuangkan...pun fikir seribu kali...tapi sekarang...no....all out, this out,,,that out,,,that vase out, that table out....hu hu...all out....Allahamdullilah....

Besuk aku akan berangkat dgn suami ku Mekah dan Medinah, menyahut seruan ibadah ku....YaAllah , selamatkan lah usaha kami yang murni ini..inshaallah..

Hidup kita di dunia ini adalah pendek, tapi kenapa masih lagi manusia yang tidak mengerti dan apabila kita selalu menulis di FB , menyeru manusia ke jalan Allah s.w.t , kita di ejek2 dan di perli dan di jadikan sebagai bahan ketawa,,,dan di sindir dgn kata2 yg bertujuan untuk melukakan hati kita....Manusia jenis apa kah mereka ini, hampas apa kah ini....mati ke mereka ini seandainya mereka tak berjaya menyakiti hati seseorang itu...apa ini satu permainan kah....ye wahai manusia  "bodoh" dulu munkin aku lemah, diri mu mudah sekali di permainkan dan di lukai...tapi kau salah tidak sekarang,,,,walau apa pun kata orang sekali, aku tetap aku dan aku bersyukur kerana Allah s.wt telah menjadikan aku sebagai diri aku....Dan dalam hidup ku ini yang paling aku benci, manusia yang hipokrit, bermuka2, suka melaga laga kan orang, manusia yang arrogant, sombong bodoh, dan manusia yang tak tahu di hargai dan bercakap bohong...subhanallah...malah Allah s.w.t pun benci dan marah ke atas insan2nya yg bersikap bodoh...

Tidak kah kita tahu bahawa, dunia ini adalah satu pentas drama lakunan , yang Allah s.w.t adalah pengarahnya dan kita adalah pelakun2nya, dan habis pertunjukkan, segala gala akan di simpan kembali, dan didalam lakunan kita mempunyai kereta, tapi apabila selesai berlakun, kerana itu ada lah hak pengarah atau syarikat yang di punyai oleh pengarah tu,,,tak ada satu pun yang dipunyai oleh pelakun2 tersebut, pelakun itu hanya perlu menghafal skrip, dan membawakan watak yang telah di arahkan oleh skrip tersebut.......